Sunday, 23 March 2014

Maxis perkemas struktur organisasi kepada empat bidang (Article)

Maxis Perkemas Struktur Organisasi Kepada Empat Bidang




KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mengumumkan langkah syarikat memperkemaskan struktur organisasinya kepada empat bidang perniagaan dengan diterajui ketua masing-masing, bagi mengukuhkan bidang perniagaan teras untuk pertumbuhan masa depan.


Bidang pertama, penyelesaian enterpris, mengurus perusahaan syarikat, kerajaan dan perniagaan PKS manakala yang kedua, perniagaan pengguna, bertanggungjawab bagi pengurusan hujung ke hujung semua perniagaan mudah alih dan tetap untuk segmen pengguna.



Jualan dan perkhidmatan, bidang ketiga, memberi tumpuan kepada perkhidmatan pengguna serta saluran dan pengurusan rangkaian bekalan manakala keempat, perkhidmatan digital, mengendalikan pembangunan media digital inovatif dan perkhidmatan berasaskan pengawanan Maxis termasuk aplikasi mudah alih.



Operasi harian keempat-empat bidang berkenaan akan disokong oleh bahagian perundangan dan hal ehwal kerajaan dan kawal selia, perkhidmatan maklumat, rangkaian, kewangan, sumber manusia dan hal ehwal korporat.



"Struktur organisasi kami yang diperkemas ini merupakan langkah penting dalam melaksanakan misi kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu.



"Usaha ke arah mewujudkan struktur ini dibuat sebagai respons kepada dinamik pasaran yang berkembang dan perubahan permintaan pengguna dan akan membolehkan Maxis bersaing dengan lebih berkesan untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan dan pemegang saham," kata Pengerusi Maxis Bhd Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda.



Struktur berkenaan yang berkuat kuasa hari ini, diketuai oleh Pegawai Operasi Bersama Nasution Mohamed dan Suren J. Amarasekera, yang akan menerajui keseluruhan syarikat dan bertanggungjawab bagi prestasinya.






Kerjasama Industri air Puncak Niaga - syarikat Thailand (Article)

Kerjasama Industri air Puncak Niaga - syarikat Thailand


DALAM usaha mengukuhkan kerjasama dalam industri air dengan negara jiran, Puncak Niaga Holdings Bhd (Puncak Niaga) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Metropolitan Waterworks Authority (MWA) yang berpangkalan di Thailand.
MoU berkenaan disempurnakan Pengerusi Eksekutif PNHB, Tan Sri Rozali Ismail, manakala MWA pula diwakili Gabenor Thanasak Watanathana.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Perniagaan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Datuk Nasir Khan Illadad Khan dan Pengarah PNHB yang juga Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Datuk Lee Miang Koi.
Puncak Niaga dalam satu kenyataan media berkata,rasional pemeteraian MoU itu supaya PNHB dan MWA saling bekerjasama dan berganding bahu dalam satu Program Pertukaran untuk menjalankan pelbagai aktiviti kerjasama yang berkaitan bagi manafaat bersama.

           
Menurutnya, program pertukaran itu juga bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua pihak yang akan membabitkan pelbagai latihan interaksi dan teknikal, disusuli dengan program kebudayaan dan sukan.
“Program latihan interaksi dan teknikal akan melibatkan interaksi dan perkongsian ilmu di kalangan kakitangan kedua-dua pihak bagi memaksimakan kemahiran, pengalaman, pengetahuan dan kepakaran teknologi masing-masing,” katanya.
PNHB sebuah konglomerat berprestij di Malaysia yang mana anak syarikatnya, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd diiktiraf sebagai pakar air Malaysia kerana keunggulannya mengendalikan, mengurus dan menyelenggara 29 loji pembersihan air yang beroperasi di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala SYABAS pula berperanan mengagih bekalan air bersih kepada kira-kira 7.5 juta pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sementara itu, MWA pula adalah agensi kerajaan Thai yang ditubuhkan pada 1967 untuk tujuan mengeksplorasi sumber air, menghasilkan bekalan air bersih yang berkualiti, mengagihkannya ke kawasan sekitar Bangkok, Nonthaburi dan Samuntparkan, mengurus dan melaksanakan operasi MWA bagi faedah penduduk dan negara itu.
MoU tersebut dipersetujui untuk dilaksanakan dengan pelbagai kegiatan bermanafaat bagi kedua-dua pihak selama tiga tahun bermula pada 16 Januari 2014 dan dijangka tamat pada 15 Januari 2017.

Monday, 17 March 2014

Public Bank chalks up record net profit (Article)

Public Bank chalks up record net profit


PETALING JAYA: Public Bank Bhd’s net profit for the financial year ended Dec 31, 2013 (FY13) leapt to a historic high of RM4.06bil on the back of its annual revenue also jumping 8.5% to RM15.3bil.
The bank, which is the third largest locally and one of the top three in Cambodia, also saw its fourth-quarter net profit rising to RM1.03bil from RM981.8mil previously on the back of the quarterly revenue leaping to RM3.9bil from RM3.6bil in the previous corresponding quarter.
It declared a second interim single-tier dividend of 30 sen per share, bringing total dividends for FY13 to 52 sen per share.
The total dividends paid and payable for 2013 amounts to RM1.82bil and represents a total payout of 44.8% of its net profit.
Founder and chairman Tan Sri Teh Hong Piow (pic) said in a statement that the bank was deeply encouraged that it continued to be at the forefront of the banking industry with favourable financial statistics.
“We (achieved) the highest return on equity of 22.4% while maintaining the lowest gross impaired loan ratio of 0.7% and cost-to-income ratio of 30.7% in 2013,” said Teh.
Apart from that, the group also recorded a healthy double-digit growth of 11.8% and 11.5% in loans and deposits, respectively, while at the same time sustaining its market share in the domestic core lending and deposit-taking business.
Its local operations saw a loans growth of 12%, outpacing the overall domestic banking industry’s growth of 10.6%, with retail lending being its main focus, including the extension of credit mainly to small and medium enterprises, and the purchase of residential property as well as passenger vehicles.
“As at the end of 2013, the group’s retail loan portfolio collectively accounted for 86% of its total loans,” the statement said.
“The strong asset quality in the group’s loans portfolio is demonstrated with the group recording a low gross impaired loan ratio of 0.7% as at the end of 2013, significantly lower as compared with the banking industry’s gross impaired loan ratio of 1.9%,” Teh said in the statement.
Its loan loss coverage ratio, meanwhile, stood at 118.5%, which was higher and more prudent than the banking industry’s average of 107.6%.
Domestic customer deposits grew by 11.6%, which is significantly higher than the domestic banking industry’s deposit growth of 8.5%, underpinned by the inflow of fixed deposits, savings and current accounts, which grew by 14.2%, 8.3% and 17%, respectively.
The group’s capital position remained healthy, with its common equity Tier I capital ratio, Tier I capital ratio and total capital ratio at 8.8%, 10.5% and 13.8%, respectively, as at the end of 2013.
Shortly after the results were announced yesterday, TA Research’s banking analystLi Hsia told StarBiz that on the surface of things, Public Bank’s performance was “within expectations,” especially where the core profit performance matrix was concerned.
Moving forward, Teh said the group’s strategies remained unchanged, with a focus on its key strength in the core retail banking and financing business while maintaining its prudent credit policies, and upholding strong corporate governance to support long-term sustainable growth.    

Tan Sri Rozali Ismail (Puncak Niaga Holdings Berhad)


Tan Sri Rozali Ismail

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun. Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,pembangunan dan perancangan.

Tan Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd.Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintisdalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.Bhd.

Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah dan perbankan.

Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang,Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam danBandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalamperniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga (M)Sdn. Bhd.



Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagiSelangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagisyarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingandan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn.Bhd.

Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan 1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan danpenggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd(Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd. yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30 peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak Niaga. Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd. pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilion kepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaran hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagi membiayai kerja-kerja modal.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik dalam industri air. Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.


Sebab saya memilih Tan Sri Rozali untuk menulis blog saya adalah beliau adalah seorang yang boleh kita belajari disebabkan beliau suka mencabar diri dengan belajar dan melibatkan diri dalam banyak bidang. Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. Oleh itu, Tan Sri Rozali merupakan seorang yang mempunyai pengalaman dalam banyak bidang. Oleh itu, kita harus belajar dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti atau bidang lain supaya kita mahir dalam semua seperti Tan Sri Rozali yang berjaya pada hari ini.  

Saturday, 15 March 2014

Tatparanandam Ananda Krishnan (Maxis)



Tatparanandam Ananda Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan berumur 76 tahun dilahirkan di Brickfields, Kuala Lumpur pada 1hb April 1938. Beliau adalah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka dan merupakan seorang kanak-kanak gagap sewaktu kecil. Ananda telah belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institut Victoria, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, beliau telah memperoleh ijazah Sarhana Mudanya daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand.


Beliau mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua. Anak lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat dalam perniagaan bapanya dan lebih senang menjadi seorang sami buddha di Thailand. Anak perempuannya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Juga tidak berminat dengan perniagaan bapanya. Seorang lagi anak perempuannya pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan tak berminat dengan perniagaan bapanya. Kesemua perniagaannya dikendalikan oleh kumpulan profesional yang terdiri dari mereka yang berkaliber dan hebat. Kemungkinan besar merekalah yang akan mengambil alih sebagai peneraju empayar Ananda Krishnan selepas ini. Calon yang menjadi sebutan ialah Brahmal Vasudevan.

Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.
Tatparanandam Ananda Krishnan merupakan Pengasas Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan beliau memilik 70 peratus saham Usaha tegas dan juga memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam Binariang Satellites Sysems (BSS).

Aspirasinya adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai syarikat media bertaraf global. Melalui BSS, beliau memiliki dua buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. Tambahan pula, 43 peratus pegangan dalam KLCC Holdings tetapi beliau sudah menjual kepentingannya dalam KLCC Holdings dan memperoleh RM 1.2 bilion.

Usaha Tegas Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.



Selain itu, Ananda Krishnan selalu melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Beliau telah menyumbang dengan jumlah RM 160 juta dan syarikat yang terlibat adalah Maxis Communication Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd. Ananda Krishnan telah menubuhkan Dana Harapan Nusantara melalui syarikatnya iaitu Usaha Tegas Sdn. Bhd.  

Sebab saya memilih Ananda Krishnan sebagai usahawan yang berjaya dalam blog saya adalah beliau merupakan seorang yang tegas walaupun banyak menghadapi kegagalan dan merupakan seorang pemimpin yang pandai dalam pengurusan perniagaan beliau dengan melibatkan diri dalam banyak kegiatan perdagangan seperti perdagangan minyak, industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga. Oleh itu, beliau merupakan seorang usahawan yang boleh kita dibelajari. Oleh itu, sebagai usahawan beliau merasakan nikmat kejayaan dan juga padat kegagalan. Namun, kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan.

Tuesday, 4 March 2014

Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)

Tan Sri Teh Hong Piow


Tan Sri Teh Hong Piow dilahirkan pada 14 Mac 1930 di Singapura dan telah mendapat pendidikan di Sekolah Anglo Cina di Singapura. Pada tahun 1956, Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Tay Sock Noy dan mempunyai satu anak lelaki iaitu Teh Lee Pang dan tiga anak perempuan iaitu Teh Li Ming, Teh Li Hua dan Teh Li Shian.

Tan Sri Teh telah bekerja sebagai kerani di Oversea Chinese Banking Corporation pada tahun 1950 dan telah berjaya dinaikkan pangkat kepada pegawai selepas 5 tahun. Selepas itu, Beliau telah bekerja di Maybank dan dilantik sebagai pengurus sehingga dilantik sebagai pengurus besar semasa berusia 34 tahun.
Pada 6 Ogos 1966, Tan Sri Teh telah memiliki bank sendiri iaitu Public Bank dan telah dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Bank. Selain itu, Public Bank telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1967 dan telah menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian.

Salah satu keistimewaan Public Bank Berhad adalah dana pemegang saham yang kini bernilai lebih 6 bilion iaitu kedua tertinggi antara institusi perbankan di Malaysia. Tambahan pula, permodalan pasarannya pula bernilai lebih daripada 10 bilion iaitu yag kedua terbesar antara semua syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di BSKL dan yang kelapan terbesar antara 563 syarikat yang tersenarai dalam BSKL.

Seterusnya, Public Bank Berhad juga berjaya mendapat penarafan kewangan yang tinggi bagi institusi kewangan di Malaysia. Agensi penafaran Malaysia telah memberikan penarafan AA1 kepada Public Bank Berhad pada 7 Mei 2002 yang sekali gus menggambarkan imbangan duganya yang kukuh, profil kreditnya yang baik dan kebolehan serta daya tahannya yang kukuh bagi menempuh keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kini, Public Bank Berhad mempunyai 394 buah cawangan iaitu 226 buah cawangan Public Bank dan 168 buah cawangan Public Finance. Oleh itu, Public Bank Berhad adalah bank kedua yang terbesar di Malaysia daripada segi jaringan cawangan yang luas ini dilengkapi dengan sistem perbankan dalam talian.

Public Bank Berhad mempunyai seramai 12537 orang pekerja dan daripada segi pemegang saham , Public Bank Berhad mempunyai seramai 86624 orang pemegang saham. Selain itu, Tan Sri Teh telah menubuhkan Jabatan Perhubungan Pelabur yang diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan Public Bank dan dibantu oleh sekumpulan ahli pengurusan kanan supaya menggalakkan lagi amalan urus tadbir korporat dan ketelusan. Jabatan ini telah berfungsi sebagai saluran komunikasi yang utama dengan para pelabur, mengadakan mesyuarat dengan penganalisis ekuiti, pengurus dana dan pelabur, mengadakan sidang video dengan para pelabur, menyertai forum pelaburan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Seterusnya, Moto Kumpulan Public Bank adalah “ Kecermelangan adalah Komitmen Kami” melalui pelaksanaan langkah-langkah seperti memberikan perkhidmatan yang cekap dan bersopan dalam setiap aspek perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan kemudahan perbankan yang terbaru. Selain itu, juga menjaga kebajikan pekerja dan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan sentiasa menjalankan kerja-kerja kebajikan, mematuhi segala dasar dan objektif kerajaan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 



Sebab saya memilih Tan Sri Teh sebagai usahawan yang berjaya untuk menulis blog saya adalah beliau adalah seorang yang rajin dan tidak memutus asas dalam apa yang beliau lakukan. Public Bank telah diuruskan oleh Tan Sri Teh sehingga sekarang walaupun beliau sudah berumur 84 tahun dan bank tersebut telah menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian. Ini bermakna Tan Sri Teh merupakan seorang pemimpin yang bagus dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan bank sendiri disebabkan memberikan perkhidmatan yang cekap dan bersopan dalam setiap aspek perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan kemudahan perbankan yang terbaru. Selain itu, beliau juga menjaga kebajikan pekerja maka pekerja mempunyai prestasi yang baik atas kerja mereka.