Tuesday, 4 March 2014

Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)

Tan Sri Teh Hong Piow


Tan Sri Teh Hong Piow dilahirkan pada 14 Mac 1930 di Singapura dan telah mendapat pendidikan di Sekolah Anglo Cina di Singapura. Pada tahun 1956, Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Tay Sock Noy dan mempunyai satu anak lelaki iaitu Teh Lee Pang dan tiga anak perempuan iaitu Teh Li Ming, Teh Li Hua dan Teh Li Shian.

Tan Sri Teh telah bekerja sebagai kerani di Oversea Chinese Banking Corporation pada tahun 1950 dan telah berjaya dinaikkan pangkat kepada pegawai selepas 5 tahun. Selepas itu, Beliau telah bekerja di Maybank dan dilantik sebagai pengurus sehingga dilantik sebagai pengurus besar semasa berusia 34 tahun.
Pada 6 Ogos 1966, Tan Sri Teh telah memiliki bank sendiri iaitu Public Bank dan telah dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Bank. Selain itu, Public Bank telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1967 dan telah menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian.

Salah satu keistimewaan Public Bank Berhad adalah dana pemegang saham yang kini bernilai lebih 6 bilion iaitu kedua tertinggi antara institusi perbankan di Malaysia. Tambahan pula, permodalan pasarannya pula bernilai lebih daripada 10 bilion iaitu yag kedua terbesar antara semua syarikat perkhidmatan kewangan yang tersenarai di BSKL dan yang kelapan terbesar antara 563 syarikat yang tersenarai dalam BSKL.

Seterusnya, Public Bank Berhad juga berjaya mendapat penarafan kewangan yang tinggi bagi institusi kewangan di Malaysia. Agensi penafaran Malaysia telah memberikan penarafan AA1 kepada Public Bank Berhad pada 7 Mei 2002 yang sekali gus menggambarkan imbangan duganya yang kukuh, profil kreditnya yang baik dan kebolehan serta daya tahannya yang kukuh bagi menempuh keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kini, Public Bank Berhad mempunyai 394 buah cawangan iaitu 226 buah cawangan Public Bank dan 168 buah cawangan Public Finance. Oleh itu, Public Bank Berhad adalah bank kedua yang terbesar di Malaysia daripada segi jaringan cawangan yang luas ini dilengkapi dengan sistem perbankan dalam talian.

Public Bank Berhad mempunyai seramai 12537 orang pekerja dan daripada segi pemegang saham , Public Bank Berhad mempunyai seramai 86624 orang pemegang saham. Selain itu, Tan Sri Teh telah menubuhkan Jabatan Perhubungan Pelabur yang diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan Public Bank dan dibantu oleh sekumpulan ahli pengurusan kanan supaya menggalakkan lagi amalan urus tadbir korporat dan ketelusan. Jabatan ini telah berfungsi sebagai saluran komunikasi yang utama dengan para pelabur, mengadakan mesyuarat dengan penganalisis ekuiti, pengurus dana dan pelabur, mengadakan sidang video dengan para pelabur, menyertai forum pelaburan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Seterusnya, Moto Kumpulan Public Bank adalah “ Kecermelangan adalah Komitmen Kami” melalui pelaksanaan langkah-langkah seperti memberikan perkhidmatan yang cekap dan bersopan dalam setiap aspek perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan kemudahan perbankan yang terbaru. Selain itu, juga menjaga kebajikan pekerja dan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan sentiasa menjalankan kerja-kerja kebajikan, mematuhi segala dasar dan objektif kerajaan dan menyumbang ke arah pembangunan negara. 



Sebab saya memilih Tan Sri Teh sebagai usahawan yang berjaya untuk menulis blog saya adalah beliau adalah seorang yang rajin dan tidak memutus asas dalam apa yang beliau lakukan. Public Bank telah diuruskan oleh Tan Sri Teh sehingga sekarang walaupun beliau sudah berumur 84 tahun dan bank tersebut telah menjadi bank ketiga terbesar di Malaysia pada masa kini tanpa mencatatkan kerugian. Ini bermakna Tan Sri Teh merupakan seorang pemimpin yang bagus dan mempunyai pengalaman dalam menguruskan bank sendiri disebabkan memberikan perkhidmatan yang cekap dan bersopan dalam setiap aspek perniagaan, menyemai sifat inovatif dalam membangunkan kemudahan perbankan yang terbaru. Selain itu, beliau juga menjaga kebajikan pekerja maka pekerja mempunyai prestasi yang baik atas kerja mereka. 

No comments:

Post a Comment