Tatparanandam Ananda Krishnan
Tatparanandam Ananda Krishnan berumur 76 tahun dilahirkan di
Brickfields, Kuala Lumpur pada 1hb April 1938. Beliau adalah
anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka dan merupakan seorang
kanak-kanak gagap sewaktu kecil. Ananda telah belajar di Sekolah Tamil
Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institut Victoria, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1964, beliau telah memperoleh ijazah Sarhana Mudanya daripada
Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada
Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Ananda pernah berkahwin dengan seorang
puteri Thailand.
Beliau
mempunyai 3 orang anak hasil daripada dua perkahwinan. Dua orang dari
perkahwinan pertamanya dan seorang dari perkahwinan kedua. Anak
lelakinya Ven Ajahn Siripanyo, tidak mahu terlibat dalam perniagaan bapanya dan
lebih senang menjadi seorang sami buddha di Thailand. Anak
perempuannya pula tinggal di UK dan merupakan seorang doktor. Juga tidak
berminat dengan perniagaan bapanya. Seorang lagi
anak perempuannya pula dikhabarkan menghabiskan masa bersosial di Eropah dan
tak berminat dengan perniagaan bapanya. Kesemua
perniagaannya dikendalikan oleh kumpulan profesional yang terdiri dari mereka
yang berkaliber dan hebat. Kemungkinan besar merekalah yang akan mengambil alih
sebagai peneraju empayar Ananda Krishnan selepas ini. Calon yang menjadi
sebutan ialah Brahmal Vasudevan.
Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.
Tatparanandam Ananda Krishnan merupakan Pengasas Usaha
Tegas Sdn. Bhd. dan beliau memilik 70 peratus saham Usaha tegas dan juga
memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam Binariang Satellites
Sysems (BSS).
Aspirasinya adalah menjadikan Measat Broadcast Network
Systems atau Astro sebagai syarikat media bertaraf global. Melalui BSS, beliau
memiliki dua buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. Tambahan pula, 43
peratus pegangan dalam KLCC Holdings tetapi beliau sudah menjual kepentingannya
dalam KLCC Holdings dan memperoleh RM 1.2 bilion.
Usaha Tegas Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus
kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus kepentingan dalam Maxis
Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam Measat Broadcast Network
Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.
Selain itu, Ananda Krishnan selalu melibatkan diri
dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Beliau telah menyumbang dengan
jumlah RM 160 juta dan syarikat yang terlibat adalah Maxis Communication
Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd. Ananda
Krishnan telah menubuhkan Dana Harapan Nusantara melalui syarikatnya iaitu
Usaha Tegas Sdn. Bhd.
Sebab saya memilih Ananda Krishnan sebagai usahawan yang berjaya dalam blog saya adalah beliau merupakan seorang yang tegas walaupun banyak menghadapi kegagalan dan merupakan seorang pemimpin yang pandai dalam pengurusan perniagaan beliau dengan melibatkan diri dalam banyak kegiatan perdagangan seperti perdagangan minyak, industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga. Oleh itu, beliau merupakan seorang usahawan yang boleh kita dibelajari. Oleh itu, sebagai usahawan beliau merasakan nikmat kejayaan dan juga padat kegagalan. Namun, kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan.
Sebab saya memilih Ananda Krishnan sebagai usahawan yang berjaya dalam blog saya adalah beliau merupakan seorang yang tegas walaupun banyak menghadapi kegagalan dan merupakan seorang pemimpin yang pandai dalam pengurusan perniagaan beliau dengan melibatkan diri dalam banyak kegiatan perdagangan seperti perdagangan minyak, industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga. Oleh itu, beliau merupakan seorang usahawan yang boleh kita dibelajari. Oleh itu, sebagai usahawan beliau merasakan nikmat kejayaan dan juga padat kegagalan. Namun, kejayaannya jauh lebih banyak daripada kegagalan.
No comments:
Post a Comment