Monday, 17 March 2014

Tan Sri Rozali Ismail (Puncak Niaga Holdings Berhad)


Tan Sri Rozali Ismail

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun. Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,pembangunan dan perancangan.

Tan Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd.Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintisdalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif.

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.Bhd.

Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah dan perbankan.

Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang,Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam danBandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalamperniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga (M)Sdn. Bhd.



Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagiSelangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagisyarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingandan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn.Bhd.

Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan 1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan danpenggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd(Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd. yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30 peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak Niaga. Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd. pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Persekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilion kepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaran hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagi membiayai kerja-kerja modal.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik dalam industri air. Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.


Sebab saya memilih Tan Sri Rozali untuk menulis blog saya adalah beliau adalah seorang yang boleh kita belajari disebabkan beliau suka mencabar diri dengan belajar dan melibatkan diri dalam banyak bidang. Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. Oleh itu, Tan Sri Rozali merupakan seorang yang mempunyai pengalaman dalam banyak bidang. Oleh itu, kita harus belajar dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti atau bidang lain supaya kita mahir dalam semua seperti Tan Sri Rozali yang berjaya pada hari ini.  

No comments:

Post a Comment